Tuesday, 31 May 2016

Wishlist- Pulau di Malaysia

 Pulau Tioman- Pulau yang ingin saya kunjungi
Pulau ini sangat popular kepada sesiapa yang meminati aktivit menyelam ataupun scuba diving. Air yang jernih dan memiliki hidupan laut yang terjaga rapi. Memiliki keluasan seluas 39 kilometer panjang dan 13 meter lebar. Terletak di seblah timur semenanjung Malaysia dan bersempadan diantara Johor dan Pahang. Bentuk pulau ini dari udara adalah seperti seketul peha ayam. Ia terletak 70 kilometer dari Mersing dan Mersing merupakan jeti yang popular dikalangan pelancong. Terletak 36 batu nautika dari Tanjung Gemok,Kuala Rompin Pahang. Pelbagai aktiviti yang menarik yang dapat dilakukan disana contohnya sukan air,aktiviti outdoor dan macam macam lagi. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh ejen-ejen pelancongan mahupun resort yang didiami. Katanya penduduk pulau itu sangat mesra dan baik. TAK SABAR RASENYE untuk menlancong ke sana menenangkan jiwa,rehatkan badan dan menhayati ciptaan Ilahi.

p/s sebelum pergi saya harus membuat persiapan dari segi kewangan.. nampaknya kena menabunglaa kali ni.Selain itu persiapan mental dan fizikal perlu kuat untuk menyertai segala aktiviti yang dijalankan.Barulaa kata orang tak sia sia.. JOM melancongggg!!!!


No comments:

Post a Comment