QBER ?
Anda kenal dengan Qber? Qber adalah nama singkatan kepda MRSM Kuala Berang. Disini laa tempat saya belajar dari Tingkatan satu sampai ke tingkatan 5. Tempat ini banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Guru-guru disini sangat baik dan selalu membantu pelajar pelajarnya. Rindu datang menjengah tatkala bila tiba hari guru mahupun bila-bila saja. Terima kasih guru sbb banyak mengajar saya erti tidak berputus asa,penat lelah buat program,kata-kata dorongan dan tunjuk ajar mereka akan saya ingat dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Untuk makluman kawan- kawan sekalian, di Mrsm terdapat sistem homeroom dimana satu group pelajar akan dijaga oleh seorang guru sebagai ibu atau bapa angkat. Saya dijaga oleh Ustaz Muhaidin yang mana seorang ustaz sepanjang 5 tahun, Orangnya bersahaja dan selalu membelanja kami makan,,heheheheh..Tahun depan ustaz akan pencen.Terasa kejap sahaja masa berlalu.. Untuk makluman,,semasa ustaz saya mengajar di MRSM Batu Pahat,beliau merupakan guru homeroom kepada Sheikh Muszaffar, angkasawan negara. Terasa bangga kerana memiliki guru homeroom yang sama dengan orang-orang yang hebat. Terlampau banyak kenangan yang manis dan pahit kalau bercerita tentang sekolah ini..Untuk entry kali ini cukuplah saya bercakap tentang ayah homeroom saya..sambungannya akan disambung dengan entry2 seterusnyaa..tungguuuu
P/s: anda bersekolah dimana? share kan kenangan manis sekolah anda..
No comments:
Post a Comment