Wednesday, 1 June 2016

Kuih Nekbat

Hye semua,,selamat petang.Okay hari ini saya akan bercerita tentang makanan.Makanan adalah peneman saya yang paling setia,heheheh. Okay sebelum itu,Ingin saya perkenalkan dahulu apa itu nekbat.Nekbat ini sejenis pencuci mulut yang famous di Terengganu dan Kelanta.Ia diperbuat dari tepung beras dan telur.Nekbat disediakan dalam 2 fasa. Fasa yang pertama ,adunan tepung dimasak dan dibakar sehingga gebu seperti bahulu tetapi lebih keras daripada bahulu. Nekbat ni akan disimpan kering dan seterusnya dijual kepada pelanggan.Nekbat kering ini tahan lama dan boleh disimpan dalam peti sejuk.Fasa yang kedua adalah nekbat ini akan disira dengan air gula dan daun pandan. Biarkan ia kembang dan kekuningan dan boleh start makan. Nekbat ini akan hancur jika terlalu lambat dibiarkan direndam dalam air gula. Saya lebih suka apabila nekbat disira,kita simpan di dalam peti.Terasa sejuk dan manis di tekakk.Ini adalah pencuci mulut yang wajib di bulan Ramadan. Kebiasaannya Ma saya akan membeli nekbat kering dan kemudiannya disira dan letak dalam peti ais dan boleh dimakan semasa berbuka puasa ataupun moreh. Tak sabar rasanya untuk balik ke rumah menyambut ramadan bersama keluarga tercinta




p/s REsipi nekbat boleh klik di sinihttp://www.resepimudah.com/resepi/kuih-nekbat/

No comments:

Post a Comment