Wednesday, 1 June 2016

Persiapan menghadapi Ramadan

1. Perbanyakan puasa sunat dan habiskan puasa ganti secepat mungkin
Ini adalah penting untuk membiasakan diri daripada lapar dan dahaga termasuk perkara-perkara yang membatalkan puasa. Pada awal bulan yang lalu,saya talah dikenalpasti mengalami gastrik,jadi saya perlu practice supaya bulan puasa perut tak masuk angin dengan mengamalkan pesanan yang diberikan oleh doktor dan mengambil ubat jika perlu. Sebagai saranan,saya menyeru diri sendiri dan kwan kawan untuk menggantikan puasa sebaik2 nya dalam bulan syawal supaya tidak tertangguh mahupun lupa. Puasa sunat juga mengajar kita erti sabar nak2 lagi musim cuaca yang tak menentu pada waktu sekarang.Sama-sama la kita berdoa semoga puasa kita dipermudahkan.

2.Perbanyakkan berzikir
Zikir ialah tanda kita ingat ALLAH dan Rasulullah. Merupakan salah satu tanda kita menzahirkan cinta. Sebagai permulaan,kita boleh jadikan zikir selepas itu satu amalan harian,Kita boleh menggunakan ruas jari untuk berzikir.

3.Perbanyakkan sedekah
Amalan ini sangatlaa digalakkan,Janganlah kita risau dan bimbang harta kita akan berkurang selepas sedekah tapi percaya dan yakinlah bahwa ALLAH akan melipat kaligandakan apa yang kita sedekahkan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selamat Menyambut Ramadan AL-Mubarak semoga bulan ini menjadi pemangkin kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik

No comments:

Post a Comment