Assalamualaikum semua.. Harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Okay topik pada kali ini ialah pilihan.Tipulaa dalam hidup kita kita tak pernah dilema dalam membuat keputusan. Keputusan yang kita haruslah tepat dan memberi impak yang positif kepada diri kita dan orang sekeliling. Bercakap tentang pengalaman hidup saya, pada umur 18 tahun setelah mendapat keputusan SPM itulaa waktu yang sangat kritikal bagi saya. Selepas mendapat keputusan SPM 4A+3A1B+1B, saya telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Kolej Mara Kuala Nerang bagi program Foundation Science and Technolgy UniKL, saya juga mendapat tawaran temuduga guru di IPG, mendapat tawaran asasi sains hayat di UNIMAS dan saya juga dpat tawaran untuk Matrikulasi Perakaunan di Kolej Mara Kuala Nerang. Masa itu saya sangat dlam dilema yang mana harus saya pilih. Langkah yang pertama saya buat adalah berbincang dengan keluarga dan mintak pandangan mereka.Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sangat supportive dan sentiasa prihatin terhadap saya. Kemudian,saya juga meminta pandangan daripada senior2 mahupun saudara mara saya..Kemudian minta laa petunjuk daripada ALLAH yang maha Esa kerana ALLAH mengetahui yang terbaik buat hambanya. Alhamdulillah,saya telah membuat keputusan yang bagi saya tepat iaitu untuk menyambung pelajaran di Kolej Mara Kuala Nerang didalam perakaunan dan sekarang saya telah menyanmbung pelajaran di Universiti Utara Malaysia di dalam bidang kewangan. Jadi ingin saya tekankan disini,kita haruslah bijak membuat keputusan supaya keputusan yang dibuat itu adalah yang betul-betul terbaik untuk diri kita dan orang lain juga. Tetapi jangan laa apabila kita tersalah membuat keputusan sekali,bukan bermakna kita gagal,Mungkin ada HIKMAH disebaliknya.
No comments:
Post a Comment