Coretan kehidupan
Thursday, 15 September 2016
i'm back
Assalamualaikum.semoga kita dalam rahmat ALLAH sentiasa. Salam Jumaat penghulu segala hari. Happy weekend kepada yang cuti pada Jumaat dan Sabtu. After long break, i am back...new semester new challenges and new experience...moga sem ini dapat ditempuhi dengan jayanya,,apepon belumterlewat untuk sy ucapkan tahniah kepada adek2 yang baru memasuki universiti masing2.Belajar laa elok2 d tempat orang
Tuesday, 21 June 2016
DEAN LIST
Assalamualaikum.Sudah berhabuk rasanya blog ni, saya terlalu sibuk dengan persiapan final exam.Sekarang pun saya masih dalam mood final exam kerana tinggal 2 lagi paper,,huhuhuhu.Kebanyakan saya dah pulang ke rumah masing2. Tetapi saya kena kuatkan semangat untuk hadapi ujian ini. Semalam saya call parents. Sudah menjadi kebiasaannya,Parent akan buat loudspeaker. Suara riang mereka membuatkan saya rindu suasana dirumah dan membuatkan saya lebih semangat untuk teruskan perjuangan paper yang seterusnya International Finance dan Risk and Insurance. Berbalik kepada topik dean list ini, saya hadiahkan atau dedikasikan kejayaan saya mendapat dean list 3 kali berturut-turut kepada keluarga saya. Alhamdulillah diatas anugerah yang ALLAH bagi ini. Bekerja keras untuk mereka yang bekerja keras sampai saya boleh berada di tahap ini.Yang selalu menyokong x kira ape pon,,itulah keluarga.Hargailah mereka sementara masih ada..
Tapi alangkah seronoknya jika anugerah ini kawan2 jugak dapat. Semoga sem2 depan kita struggle dan buat yang lebih baik.
p/s; harini nak berbuka dengan apa ek?
Tapi alangkah seronoknya jika anugerah ini kawan2 jugak dapat. Semoga sem2 depan kita struggle dan buat yang lebih baik.
p/s; harini nak berbuka dengan apa ek?
Wednesday, 1 June 2016
Ramadan di asrama
saya ingin berkongsikan pengalaman saya yang mana setiap tahun saya menyambut ramadan bersama kawan-kawan di asrama MRSM kUALA berang,semasa Matrikulasi dan sehingga sekarang di Universiti. Perasaan bercampur gaul samada gembira ataupun sedih. Sedih kerana tak dapat merasa makanan yang dimasak oleh MA semasa berbuka ataupuun sahur. Tetapi yang seronoknya ialah dapat mengeratkan lagi hubungan bersama kawan-kawan.Terawih sama0sama bersahur berbuka bersama.Itulah orang kata pengalaman yang manis dizaman persekolahan. Teringat waktu asrama dahulu,Kami bergilir-gilir untuk kebazar Ramadan untkmebeli kuih,air dan makanan. Pabila ramadan menjelma pasti teringat akan kawan kawan sekolah dan matrik. Tetapi tahun ini amat bermakna sebab saya akan balik kerumah untuk menyambut ramadan bersama keluarga tercinta. Tetapi itulah walaupun mungkin dalam 2 hari sahaja berpuasa bersama mereka kerana exam final akan menyusul tak lama lagi,,arghhh perjuangan perlu diteruskan..
Waktu sahur laa waktu paling liat nak bangun pergi makan di kantin..huhuhuhuh..mujur ade kawan kawan yang kejutkan.
Waktu sahur laa waktu paling liat nak bangun pergi makan di kantin..huhuhuhuh..mujur ade kawan kawan yang kejutkan.
Persiapan menghadapi Ramadan
1. Perbanyakan puasa sunat dan habiskan puasa ganti secepat mungkin
Ini adalah penting untuk membiasakan diri daripada lapar dan dahaga termasuk perkara-perkara yang membatalkan puasa. Pada awal bulan yang lalu,saya talah dikenalpasti mengalami gastrik,jadi saya perlu practice supaya bulan puasa perut tak masuk angin dengan mengamalkan pesanan yang diberikan oleh doktor dan mengambil ubat jika perlu. Sebagai saranan,saya menyeru diri sendiri dan kwan kawan untuk menggantikan puasa sebaik2 nya dalam bulan syawal supaya tidak tertangguh mahupun lupa. Puasa sunat juga mengajar kita erti sabar nak2 lagi musim cuaca yang tak menentu pada waktu sekarang.Sama-sama la kita berdoa semoga puasa kita dipermudahkan.
2.Perbanyakkan berzikir
Zikir ialah tanda kita ingat ALLAH dan Rasulullah. Merupakan salah satu tanda kita menzahirkan cinta. Sebagai permulaan,kita boleh jadikan zikir selepas itu satu amalan harian,Kita boleh menggunakan ruas jari untuk berzikir.
3.Perbanyakkan sedekah
Amalan ini sangatlaa digalakkan,Janganlah kita risau dan bimbang harta kita akan berkurang selepas sedekah tapi percaya dan yakinlah bahwa ALLAH akan melipat kaligandakan apa yang kita sedekahkan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selamat Menyambut Ramadan AL-Mubarak semoga bulan ini menjadi pemangkin kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik

Pilihan -Dilema
Assalamualaikum semua.. Harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Okay topik pada kali ini ialah pilihan.Tipulaa dalam hidup kita kita tak pernah dilema dalam membuat keputusan. Keputusan yang kita haruslah tepat dan memberi impak yang positif kepada diri kita dan orang sekeliling. Bercakap tentang pengalaman hidup saya, pada umur 18 tahun setelah mendapat keputusan SPM itulaa waktu yang sangat kritikal bagi saya. Selepas mendapat keputusan SPM 4A+3A1B+1B, saya telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Kolej Mara Kuala Nerang bagi program Foundation Science and Technolgy UniKL, saya juga mendapat tawaran temuduga guru di IPG, mendapat tawaran asasi sains hayat di UNIMAS dan saya juga dpat tawaran untuk Matrikulasi Perakaunan di Kolej Mara Kuala Nerang. Masa itu saya sangat dlam dilema yang mana harus saya pilih. Langkah yang pertama saya buat adalah berbincang dengan keluarga dan mintak pandangan mereka.Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang sangat supportive dan sentiasa prihatin terhadap saya. Kemudian,saya juga meminta pandangan daripada senior2 mahupun saudara mara saya..Kemudian minta laa petunjuk daripada ALLAH yang maha Esa kerana ALLAH mengetahui yang terbaik buat hambanya. Alhamdulillah,saya telah membuat keputusan yang bagi saya tepat iaitu untuk menyambung pelajaran di Kolej Mara Kuala Nerang didalam perakaunan dan sekarang saya telah menyanmbung pelajaran di Universiti Utara Malaysia di dalam bidang kewangan. Jadi ingin saya tekankan disini,kita haruslah bijak membuat keputusan supaya keputusan yang dibuat itu adalah yang betul-betul terbaik untuk diri kita dan orang lain juga. Tetapi jangan laa apabila kita tersalah membuat keputusan sekali,bukan bermakna kita gagal,Mungkin ada HIKMAH disebaliknya.
Kuih Nekbat
Hye semua,,selamat petang.Okay hari ini saya akan bercerita tentang makanan.Makanan adalah peneman saya yang paling setia,heheheh. Okay sebelum itu,Ingin saya perkenalkan dahulu apa itu nekbat.Nekbat ini sejenis pencuci mulut yang famous di Terengganu dan Kelanta.Ia diperbuat dari tepung beras dan telur.Nekbat disediakan dalam 2 fasa. Fasa yang pertama ,adunan tepung dimasak dan dibakar sehingga gebu seperti bahulu tetapi lebih keras daripada bahulu. Nekbat ni akan disimpan kering dan seterusnya dijual kepada pelanggan.Nekbat kering ini tahan lama dan boleh disimpan dalam peti sejuk.Fasa yang kedua adalah nekbat ini akan disira dengan air gula dan daun pandan. Biarkan ia kembang dan kekuningan dan boleh start makan. Nekbat ini akan hancur jika terlalu lambat dibiarkan direndam dalam air gula. Saya lebih suka apabila nekbat disira,kita simpan di dalam peti.Terasa sejuk dan manis di tekakk.Ini adalah pencuci mulut yang wajib di bulan Ramadan. Kebiasaannya Ma saya akan membeli nekbat kering dan kemudiannya disira dan letak dalam peti ais dan boleh dimakan semasa berbuka puasa ataupun moreh. Tak sabar rasanya untuk balik ke rumah menyambut ramadan bersama keluarga tercinta
p/s REsipi nekbat boleh klik di sinihttp://www.resepimudah.com/resepi/kuih-nekbat/
p/s REsipi nekbat boleh klik di sinihttp://www.resepimudah.com/resepi/kuih-nekbat/
Tuesday, 31 May 2016
QBER DI HATIKU
QBER ?
Anda kenal dengan Qber? Qber adalah nama singkatan kepda MRSM Kuala Berang. Disini laa tempat saya belajar dari Tingkatan satu sampai ke tingkatan 5. Tempat ini banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Guru-guru disini sangat baik dan selalu membantu pelajar pelajarnya. Rindu datang menjengah tatkala bila tiba hari guru mahupun bila-bila saja. Terima kasih guru sbb banyak mengajar saya erti tidak berputus asa,penat lelah buat program,kata-kata dorongan dan tunjuk ajar mereka akan saya ingat dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Untuk makluman kawan- kawan sekalian, di Mrsm terdapat sistem homeroom dimana satu group pelajar akan dijaga oleh seorang guru sebagai ibu atau bapa angkat. Saya dijaga oleh Ustaz Muhaidin yang mana seorang ustaz sepanjang 5 tahun, Orangnya bersahaja dan selalu membelanja kami makan,,heheheheh..Tahun depan ustaz akan pencen.Terasa kejap sahaja masa berlalu.. Untuk makluman,,semasa ustaz saya mengajar di MRSM Batu Pahat,beliau merupakan guru homeroom kepada Sheikh Muszaffar, angkasawan negara. Terasa bangga kerana memiliki guru homeroom yang sama dengan orang-orang yang hebat. Terlampau banyak kenangan yang manis dan pahit kalau bercerita tentang sekolah ini..Untuk entry kali ini cukuplah saya bercakap tentang ayah homeroom saya..sambungannya akan disambung dengan entry2 seterusnyaa..tungguuuu
P/s: anda bersekolah dimana? share kan kenangan manis sekolah anda..

Subscribe to:
Comments (Atom)